Cari Novel Pilihan Anda

Thursday, May 6, 2010

TERBITAN BUKU PRIMA - LAGI!!!~~~

Cinta Untukmu - Siti NurDhuha

*SOLD*

Citra Cinta - Antasya Balqis

RM 7
*SOLD*


Ku Berserah - Ummi Ariza

*SOLD*

Seribu Rindu Untukmu - Shahriah Abdullah

*SOLD*


Akhir Sebuah Cinta

*SOLD*

86,400 Detik - Dyza Ainun

*SOLD*



***********Nota Kaki : RM 12 sahaja *********

7 comments:

  1. 86,400 detik...wow superb story saya memag suka cara penulisannyer

    ReplyDelete
  2. sinopsis CITRA CINTA:
    Di kolej, Suri sering dikacau oleh Dwen lelaki yang nakal sedangkan Dwen sememangnya menaruh hati pada Suri. Keadaan menjadi rumit apabila Suri ditunangkan dengan lelaki misteri bernama Eidwan Khalil sedangkan dia telah terpaut pada Dwen.

    ReplyDelete
  3. sinopsis SERIBU RINDU UNTUKMU:
    Maya seorang wanita berjiwa lembut tetapi tegas di luaran. Tidak pernah sekali pun seumur hidup mengenali apa itu cinta, walaupun cinta monyet! Selama 25 tahun Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau teruja untuk mengejar atau belajar apa itu erti cinta.

    ReplyDelete
  4. sinopsis 86,400 DETIK:
    Penderitaan yang dihadapi oleh Yana Julia membuatkan adiknya Najwa Raihana sukar untuk menerima cinta dalam hidupnya. Mampukah cinta Dr Izani mengetuk pintu hatinya.

    ReplyDelete
  5. sinopsis CINTA UNTUKMU:
    Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.

    Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.

    Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya

    ReplyDelete
  6. sinopsis KEJORAKU BERSATU:
    Nina, seorang gadis bersikap kasar seperti lelaki dan mempunyai bengkel kenderaannya sendiri. Nina mencintai Datuk Rashdan, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan jauh lebih tua dari ayahnya sendiri. Bagi Nina, cintanya terhadap Datuk Rashdan takkan mampu digugah oleh sesiapa pun. Tengku Anuar, seorang pemuda yang bekerja di luar negara merupakan anak kepada Tengku Adnan, sahabat baik kepada Datuk Nasir, ayah Nina. Pertemuan pertamanya dengan Nina telah menerbitkan rasa cintanya terhadap gadis itu. Dalam diam, Tengku Anuar menyimpan hasrat untuk mengahwini Nina. Kemalangan jalan raya yang berlaku pada Datuk Nasir dan Shahrul telah menyebabkan Nina terpaksa mengambil alih tugas ayah dan abangnya di syarikat keluarga mereka. Sekaligus merapatkan hubungannya dengan Tengku Anuar hingga menimbulkan harapan pada kedua-dua buah keluarga untuk menyatukan mereka. Datuk Rashdan kematian isteri dan anak perempuan tunggalnya suatu masa dulu menganggap Nina seperti anaknya sendiri dan ingin menjadikan Nina sebagai anak angkatnya. Masih kekalkah cinta Nina pada Datuk Rashdan?

    ReplyDelete
  7. sinopsis KU BERSERAH:
    Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh Safiyah dan Fahrin. Berat hati menerima keputusan keluarga namun atas desakan dan tidak mahu menyakiti hati keluarga, mereka bersetuju menerimanya. Safiyah berasa amat tertekan dengan kemahuan keluarganya . Amylia, kekasih Fahrin adalah satu-satunya wanita yang diimpikan menjadi suri hidupnya terpaksa berkorban dengan membenarkannya berkahwin walaupun tidak merelakannya.

    ReplyDelete