Cari Novel Pilihan Anda

Showing posts with label SOLD OUT. Show all posts
Showing posts with label SOLD OUT. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

JANGAN BILANG BENCI


Jangan Bilang Benci - Muna Mahira

*SOLD OUT*

BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku
…

Sunday, February 13, 2011

CINTA BLACK FOREST

Cinta Black Forest - Ainon Zaini

*SOLD OUT*


“Pandai abang berlakon jadi raja, ya? Saya pun pandai juga berlakon. Di sekolah, kalau ada pementasan drama yang berkaitan cerita raja-raja, saya mesti ambil bahagian. Kata cikgu dan teman-teman, saya sesuai jadi puteri raja. Apa komen abang pulak?” Cinta Farhana kepada seorang. Cinta Farhan juga kepada seorang. Mereka bertemu tanpa diduga. Mereka bercinta di usia muda. Mereka terpisah begitu lama. Saat indah menemukan mereka. Cinta yang lara mengorak semula. Puteri di hati puteri sejati, dipertemukan dalam sepotong kek black forest penambat restu Raja Permaisuri Farah Diba Biba. Tengku Muzaffar indahnya nama. Turut memburu cinta Farhana. Juliana dijadikan orang perantara. Untuk merebut si gadis jelita. Buat menghias mahligai dibina. Buat merawat luka nan lara. Namun, ditepis Farhana yang setia. Puteri hati puteri sejati bertemu putera hati putera sejati dalam nikmat sepotong kek black forest. Tersemaikah kebahagiaan dalam diri mereka? Adakah Farhan dan Farhana tetap setia setelah diduga?

P/S: MACAM BIASA...FREE POSTAGE =))

Sunday, February 6, 2011

KAU CURI HATIKU - FREE POSTAGE


Kau Curi Hatiku - Iman Xara

*SOLD OUT*

Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulan jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?

Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu jadinya.

P/S : harga including postage :)

Wednesday, February 2, 2011

HINGGA KE AKHIRNYA



Hingga Ke Akhirnya - Siti Nur Dhuha

*SOLD OUT*

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami.


CUCUR BAWANG KOPI O


Cucur Bawang Kopi O - Hasrudi Jawawi

RM 25 (free postage)
*SOLD OUT*


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

Saturday, January 15, 2011

Thursday, January 6, 2011

ALAF 21 - LATEST


*SOLD OUT*

AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi. Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

P/S : RM 20 INCLUDING POSTAGE =))

Tuesday, January 4, 2011

FP LATEST - FREE POSTAGE



*SOLD OUT*




**SOLD OUT**




*SOLD OUT*


KAKI NOVEL - LATEST

RM 19

*SOLD OUT*

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....


*SOLD OUT*


Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”

“Apa dia? Aku buat apa?”

“Kau luku kepala aku tu kenapa?”

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.
RM 20

*SOLD OUT*

Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?


p/s : free postage !! :)

Friday, December 17, 2010

NOVEL PROMO!!




*SOLD OUT*

Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah adaAunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya.

Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.

Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?

Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban.

Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?

Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?



Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.


P/s: since baru je beli, RM 20 INCLUDING POSLAJU =)

Monday, November 22, 2010

AISYA SOFEA

MASIH SETIA - AISYA SOFEA

RM 17

Sunday, November 21, 2010

NOVEL LATEST KAKI NOVEL

DOSA SEMALAM-ADILLA TASHA

*SOLD*




PENJARA RINDU - NIA ARISSA

*SOLD*



p/s: harga including postage =)



Sunday, November 7, 2010

Thursday, October 21, 2010

KAKI LATEST

RM 18!!

RM 15!!


RM 15!!


*ALL SOLD OUT*

Sunday, October 10, 2010

Wednesday, September 1, 2010

NOVEL FP LATEST

Ada Dalam Hati - Sue Rasmin

RM 20

*SOLD*

Selamat Datang Cinta - Aini Atiera

RM 19


*SOLD*

ALL FREE POSTAGE!!! :)

NOVEL PRIMA LATEST


Indahnya Takdir - Syikin Zainal

RM 20

*SOLD*






Thursday, August 12, 2010

KAKI CLEARANCE

Hadirmu Takdirku - Alina Haizar

RM 15

*SOLD*

Ingin Ku Sentuh Cintamu - Aryanie Ismail

*SOLD*