sinopsis CINTA PERTAMA: Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.
Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?
sinopsis SELAGI ADA DIA; Aku sering membina angan. Membina istana indah. Dia sebagai raja duit dan aku sebagai rata. Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu... dia akan sentiasa di sisi dan mencintaiku selamanya."
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Ariannu untuk mengenak erti cinta. apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lalaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
sinopsis SYURGA DI HATI: DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difi kirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara.
Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.
Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?
sinopsis ILHAM HATI: RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.
Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.
Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.
Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?
sinopsis RAHSIA HATIKU: Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya.
Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?
sinopsis MAKNA CINTA: SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.
Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.
Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.
Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.
Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.
sinopsis CERITERA RINDU: IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.
Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.
Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.
Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?
salam..fiza nak tanyer ader tak novel tajuk cinta kau dan aku penulis siti rosmizah..kalu ada bgth fiza...fiza nak beli...dah lamer fiza cari buku ni...
Jodoh Atau Cinta *SOLD* RM 19 Jaja & Din *SOLD* RM 20 NOTA KAKI : Free postage untuk setiap novel =)
TERMS & CONDITION
Please take note that only serious buyer will be entertained through the email. The reservation only valid for 3days. Please give ur detail (phone no especially) if u're serious buyer.
sinopsis CINTA PERTAMA:
ReplyDeleteDia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.
Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?
sinopsis SELAGI ADA DIA;
ReplyDeleteAku sering membina angan. Membina istana indah. Dia sebagai raja duit dan aku sebagai rata. Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu... dia akan sentiasa di sisi dan mencintaiku selamanya."
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Ariannu untuk mengenak erti cinta. apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lalaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
sinopsis SYURGA DI HATI:
ReplyDeleteDILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difi kirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara.
Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.
Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?
sinopsis ILHAM HATI:
ReplyDeleteRIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.
Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.
Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.
Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?
sinopsis RAHSIA HATIKU:
ReplyDeleteNovel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya.
Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?
sinopsis MAKNA CINTA:
ReplyDeleteSEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.
Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.
Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.
Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.
Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.
sinopsis CERITERA RINDU:
ReplyDeleteIMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.

ReplyDelete