Friday, April 15, 2011
Thursday, January 6, 2011
LIST NOVEL AVAILABLE
Tuesday, December 14, 2010
NOVEL PROMO - KARNADYA

Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.
Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.


Wahai awan, bawalah aliran air matamu pergi dari sini, kerana pelangi sudah datang untuk menceriakan kehidupan dan menghidupkan semula sebuah harapan.
Aryana- pelajar yang hadir dengan pakej tersendiri. Namun di sebalik kecemerlangan yang dikecapinya, tidak ramai yang tahu hidupnya diselubungi kesunyian. Dia tidak pernah merasa apa itu kasih sayang mama dan papa. Dia hilang keyakinan diri dan hidup di dalam dunianya yang tersendiri.
Haikal- dia anak muda yang digilai ramai. Menempuh setiap masa dengan positif dan sempurna. Dia jujur dalam berkata-kata. Dia tenang dalam bicara dan dia juga setia kepada persahabatan yang dibina. Pendek kata, dia ciri jejaka sempurna.
Haikal dan Aryana bertemu dan mengikat janji sebagai sahabat sehidup semati. Namun perasaan yang mula bertunas menjadikan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dalam ketawa ada duka, dalam senyuman ada derita. Liku persahabatan yang dilalui bagai mimpi yang sempurna dan tiada cacat celanya.
Dugaan itu ibarat perisa dalam kehidupan setiap insan. Sempurnanya mimpi Aryana bertukar menjadi igauan yang menakutkan. Mengapa Haikal mahu pergi begitu sahaja tanpa mempedulikannya? Tidak kasihankah Haikal melihat dia mengalirkan air mata duka. Di mana janji persahabatan yang dibina? Hilangkah nyanyian cinta yang didendangkan saban masa? Aryana perlu untuk mengerti, semuanya adalah takdir dalam kehidupan yang realiti.
Tuesday, October 5, 2010
KARNADYA BARU - FREE POSTAGE

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.
Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.




