RM 24
665 pages
Perlanggaran demi perlanggaran yang terjadi rupanya memberi kesan kepada Hadif Raizal yang mula nanar dengan desakan hati. Keinginan untuk mengenali gadis yang zahirnya sedikit kasar itu bagaikan tidak terbendung. Perbagai usaha dilakukan, namun si gadis betah berlagak selamba. Tidak terusik walau sekelumit pun dengan kesungguhan yang ditunjukkan. Malah, semakin jual mahal.
Kerana budi, kujatuh hati. Itulah yang dirasakan oleh Firyal Rifdah. Kehadiran Hadif Raizal yang bertindak sebagai penyelamat membuatkan dia terfikir akan corak pembalasan yang setimpal. Si penyelamat yang pantas bertindak menuntut sesuatu membuatkan Firyal Rifdah resah.
Kemuculan Amanda Izaura yang tiba-tiba menagih sesuatu yang nyata bukan miliknya menghuru-harakan matlamat untuk menoktah destinasi cinta. Badai mengacah dalam panas yang tiba-tiba ditamu tsunami. Hadif Raizal terkapai-kapai dalam persimpangan penuh dilema dan duri. Pada siapa harus dia bersandar untuk mengapai kembali sebuah kepercayaan yang terbang melayang?
Apakah Hadif Raizal akan kehilangan Firyal Rifdah, si Cinderella cinta yang membawa hati kerana cemburu? Siapa dalang di sebalik konspirasi ini? Apakah perasaan Hadif Raizal dan Firyal Rifdah berakhir di sini atau hubungan itu bakal melangkah dengan hati?

RM 17
593 pages
Syahirah tidak tahu di manakah hati Izat sebaik sahaja anak muda berkenaan berpindah ke sekolah yang lain. Saat mereka di satu sekolah pun dia tidak cuba mempamerkan perassan hatinya sendiri. Hati yang sarat dengan cinta, dengan rindu... untuk jejaka yang satu itu. Begitulah luahan hati, namun tidak di bibir.
Hatinya diusik keresahan apabila Izat langsung tidak mengutuskan khabar dan dia mula menganggap bahawa Izat sudah melupakannya. Dalam masa yang sama Amir pula cuba memikat hati Syahirah. Namun gadis berkenaan tidak berminat untuk menyaingi Nabila dan cuba menerima kehadiran Amir.
RM 15
583 pages
Walaupun atmanya sangat berat bagaikan ditimpa sebongkah batu, namun tubuhnya terasa ringan sahaja bak layang-layang. Seperti ditarik-tarik, bagaikan ada magnet pula. Semenjak ayahnya pergi, tiada lelaki lain yang boleh disandarkan kepercayaan. Biarlah masa yang beredar, merawat derita di jiwanya. “Aku mendambakan sebuah kedamaian abadi...” ~ Suffiya Memandang dia di hadapan mata, dalam keadaan seperti itu, bagai membangkitkan api-api dendamnya. Tanpa sedar, dia terpanah dengan busur asmara. Munculnya bak mentari, menyuluhi insan-insan yang sering dilanda gerhana. “Kalau kau sudi, akan kuselimut dirimu dengan cinta suci...” ~ Haizad
RM 18
614 pages
Arin ibarat sebiji bintang yang sentiasa bersinar cemerlang, memberikan harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada Nik. Sesungguhnya Allah menciptakan seorang wanita itu sebagai seorang yang istimewa. Allah membuatkan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
Lalu apakah lagi yang harus dilakukan demi untuk membahagiakan Nik? Luka-luka terus mengalir merah. Sakit dan pedih.
Nik pula ibarat mentari yang menyinari dan menghangatkan hati Arin yang walang, menyediakan tempat untuk Arin bermanja dan mencurahkan kasih sayang. Kenyataannya, cinta Nik terlalu luhur lagi suci terhadap Arin. Sesungguhnya lestari kasih Nik tanpa batasan. Tiada sempadan waktu yang memisahkan. Pemberian kasihnya tiada bersyarat dan tidak mengharapkan apa-apa balasan jua!
Arin, terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredai. Pada Allah bersauh kukuh.

672 pages
Aliff lelaki yang gagal menilai antara cinta sejati dan ilusi sementara. Alpa kepada ikrar janji dan sumpah setia yang pernah dilontarkan dulu. Kini Aliff hadir merayu agar Sarah kembali menerima dirinya yang pernah menggadaikan cinta suci Sarah. Mampukah Sarah membiarkan Aliff membelakangkan orang tuanya demi cinta mereka?
Sarah tak mahu memaksa Aliff walaupun Aliff terpaksa tidak memaksa dirinya untuk berkahwin. Tapi keadaan telah memaksa Aliff, antara cinta dan kehendak orang tua. Dan, kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, ada baiknya kalau Sarah merelakan dirinya pergi membawa kasih dan harapan yang sekali lagi mungkin tidak kesampaian menyatukan hati mereka.

sinopsis HUJAN RINDU:
ReplyDeleteKerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.
Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.
Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.