SINOPSIS MAHAKARYA CINTA: Dia sering dihina kerana memiliki rupa paras yang tidak cantik. Dia sering dipersenda kerana memiliki kulit yang hitam. Namun, dia disayangi ramai kerana sikapnya yang mudah bergaul dan penyayang. Dia disenangi kerana prihatin dan mengambil berat perihal orang yang mendampinginya. Dialah Zanzilawati Izzrunnie.
Persahabatannya dengan Zuraizee bermula sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama dan juga berkerja di bawah satu bumbung. Namun persahabatan yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya dilanda badai dan ombak ganas, hanya kerana kehadiran Wizana. Pelbagai helah Wizana lakukan demi untuk memisahkah mereka. Pelbagai kata dilemparkan hanya kerana Wizana mencemburui perhubungan kedua-duanya.
Mampukah Zuraizee mahupun Zanzilawati Izzrunnie mempertahankan hubungan mereka yang terjalin sejak bertahun-tahun dahulu? Tegakah Wizana memisahkan kedua-dua mereka? Berputikkah cinta di antara dua orang sahabat ini walaupun kedua-duanya menegaskan bahawa di antara mereka hanyalah mempunyai satu perhubungan; perhubungan adik-beradik?
SINOPSIS BILA CINTA BILA RINDU: Syahirah tidak tahu di manakah hati Izat sebaik saja anak muda berkenaan berpindah ke sekolah yang lain. Saat mereka di satu sekolah pun dia tidak cuba mempamerkan perasaan hatinya sendiri. Hati yang sarat dengan cinta, dengan rindu... untuk jejaka yang satu itu. Begitulah luahan hati, namun tidak di bibir.
Hatinya diusik keresahan apabila Izat langsung tidak mengutuskan khabar dan dia mula menganggap bahawa Izat sudah melupakannya. Dalam masa yang sama Amir pula cuba untuk menakluki hati Syahirah. Namun gadis berkenaan tidak berminat untuk menyaingi Nabila dan cuba menerima kehadiran Amir.
Cinta dan rindu... hanya luahan buat Nazrul Amir, kerana hanya kau kucinta.
sinopsis MEKAR KELOPAK CINTA: Walaupun atmanya sangat berat bagaikan ditimpa sebongkah batu, namun tubuhnya terasa ringan sahaja bak layang-layang. Seperti ditarik-tarik, bagaikan ada magnet pula. Semenjak ayahnya pergi, tiada lelaki lain yang boleh disandarkan kepercayaan. Biarlah masa yang beredar, merawat derita di jiwanya.
“Aku mendambakan sebuah kedamaian abadi...” ~ Suffiya
Memandang dia di hadapan mata, dalam keadaan seperti itu, bagai membangkitkan api-api dendamnya. Tanpa sedar, dia terpanah dengan busur asmara. Munculnya bak mentari, menyuluhi insan-insan yang sering dilanda gerhana.
“Kalau kau sudi, akan kuselimut dirimu dengan cinta suci...” ~ Haizad
sinopsis RINDU ASMARAKU: ntan Izati dan Nazif dipertemukan tanpa dirancang. Namun setiap pertemuan mereka sering diwarnai persengketan dan pertelingkahan. Apatah lagi keduanya bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Kebencian dan kemarahan tidak pernah ada surutnya.
Dalam marah, benci dan dendam, Nazif tidak menyedari ada cinta mula berputik di ruang hati buat Intan Izati. Rindu dan sayang mula menyatu di hati Nazif. Namun di saat angan bahagia mengetuk pintu hati, satu tragedi menimpa.
Tanpa momen indah kita dipertemukan. Mengenalimu merupakan nostalgia pahit dan terindah buatku – Nazif
sinopsis CANDELIER CINTAKU: Kerana ingin melupakan sejarah hitam dan dosa silam, Farishsya membawa diri jauh daripada keluarga. Mengorbankan seribu kemanisan kerana kekhilafan yang sukar untuk dimaafkan oleh diri sendiri. Kiranya ujian itu pasti datang kepada setiap makhluk bernama manusia. Dia akur, meskipun terpaksa membiarkan maruahnya diinjak-injak oleh mereka yang tidak berperasaan.
Mudariz, lelaki yang tidak mempercayai wujudnya cinta tanpa nilaian harta dan kedudukan. Sejarah silam menjadikan Mudariz seorang lelaki ego yang menganggap wanita hanya layak dijadikan alas kaki. Bukan untuk disanjung dan cintai. Lantas dia mengenepikan soal hati dan permintaan ayah kandungnya sendiri.
Selama mana ego yang menebal di dalam sekepal hati anak Adam bernama lelaki, segoyah itu juga hati seorang anak Adam bernama perempuan. Namun, untuk apa dipertemukan jika sekadar merungkai sejarah semalam yang hitam dan kelam? Untuk apa bercinta kiranya dalam hati masih terselit segunung kesangsian?
Jodoh Atau Cinta *SOLD* RM 19 Jaja & Din *SOLD* RM 20 NOTA KAKI : Free postage untuk setiap novel =)
TERMS & CONDITION
Please take note that only serious buyer will be entertained through the email. The reservation only valid for 3days. Please give ur detail (phone no especially) if u're serious buyer.
SINOPSIS MAHAKARYA CINTA:
ReplyDeleteDia sering dihina kerana memiliki rupa paras yang tidak cantik. Dia sering dipersenda kerana memiliki kulit yang hitam. Namun, dia disayangi ramai kerana sikapnya yang mudah bergaul dan penyayang. Dia disenangi kerana prihatin dan mengambil berat perihal orang yang mendampinginya. Dialah Zanzilawati Izzrunnie.
Persahabatannya dengan Zuraizee bermula sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama dan juga berkerja di bawah satu bumbung. Namun persahabatan yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya dilanda badai dan ombak ganas, hanya kerana kehadiran Wizana. Pelbagai helah Wizana lakukan demi untuk memisahkah mereka. Pelbagai kata dilemparkan hanya kerana Wizana mencemburui perhubungan kedua-duanya.
Mampukah Zuraizee mahupun Zanzilawati Izzrunnie mempertahankan hubungan mereka yang terjalin sejak bertahun-tahun dahulu? Tegakah Wizana memisahkan kedua-dua mereka? Berputikkah cinta di antara dua orang sahabat ini walaupun kedua-duanya menegaskan bahawa di antara mereka hanyalah mempunyai satu perhubungan; perhubungan adik-beradik?
SINOPSIS BILA CINTA BILA RINDU:
ReplyDeleteSyahirah tidak tahu di manakah hati Izat sebaik saja anak muda berkenaan berpindah ke sekolah yang lain. Saat mereka di satu sekolah pun dia tidak cuba mempamerkan perasaan hatinya sendiri. Hati yang sarat dengan cinta, dengan rindu... untuk jejaka yang satu itu. Begitulah luahan hati, namun tidak di bibir.
Hatinya diusik keresahan apabila Izat langsung tidak mengutuskan khabar dan dia mula menganggap bahawa Izat sudah melupakannya. Dalam masa yang sama Amir pula cuba untuk menakluki hati Syahirah. Namun gadis berkenaan tidak berminat untuk menyaingi Nabila dan cuba menerima kehadiran Amir.
Cinta dan rindu... hanya luahan buat Nazrul Amir, kerana hanya kau kucinta.
sinopsis MEKAR KELOPAK CINTA:
ReplyDeleteWalaupun atmanya sangat berat bagaikan ditimpa sebongkah batu, namun tubuhnya terasa ringan sahaja bak layang-layang. Seperti ditarik-tarik, bagaikan ada magnet pula. Semenjak ayahnya pergi, tiada lelaki lain yang boleh disandarkan kepercayaan. Biarlah masa yang beredar, merawat derita di jiwanya.
“Aku mendambakan sebuah kedamaian abadi...” ~ Suffiya
Memandang dia di hadapan mata, dalam keadaan seperti itu, bagai membangkitkan api-api dendamnya. Tanpa sedar, dia terpanah dengan busur asmara. Munculnya bak mentari, menyuluhi insan-insan yang sering dilanda gerhana.
“Kalau kau sudi, akan kuselimut dirimu dengan cinta suci...” ~ Haizad
sinopsis RINDU ASMARAKU:
ReplyDeletentan Izati dan Nazif dipertemukan tanpa dirancang. Namun setiap pertemuan mereka sering diwarnai persengketan dan pertelingkahan. Apatah lagi keduanya bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Kebencian dan kemarahan tidak pernah ada surutnya.
Dalam marah, benci dan dendam, Nazif tidak menyedari ada cinta mula berputik di ruang hati buat Intan Izati. Rindu dan sayang mula menyatu di hati Nazif. Namun di saat angan bahagia mengetuk pintu hati, satu tragedi menimpa.
Tanpa momen indah kita dipertemukan. Mengenalimu merupakan nostalgia pahit dan terindah buatku – Nazif
sinopsis CANDELIER CINTAKU:
ReplyDeleteKerana ingin melupakan sejarah hitam dan dosa silam, Farishsya membawa diri jauh daripada keluarga. Mengorbankan seribu kemanisan kerana kekhilafan yang sukar untuk dimaafkan oleh diri sendiri. Kiranya ujian itu pasti datang kepada setiap makhluk bernama manusia. Dia akur, meskipun terpaksa membiarkan maruahnya diinjak-injak oleh mereka yang tidak berperasaan.