Cari Novel Pilihan Anda

Monday, May 10, 2010

ALAF 21 -VERSION 2

Buatmu Kekasih - Aisya Sofea

*SOLD*

Getaran Rindu - Norzailina Nordin

*SOLD*


Nota Cinta Buatmu - Norhayati Berahim

*SOLD*

Akhir Yang Indah - Azah Khalida

*SOLD*




4 comments:

  1. buatmu kekasih from aisya sofea....triologi citer aisya sofea...
    sambungan citer kau kekasihku, jauh, gelora jiwa,sehangat asmara....

    ReplyDelete
  2. SINOPSIS AKHIR YANG INDAH:
    SYADIA TAQWA gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.

    Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dengan pekerja.

    Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilihan. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketiga-tiga cinta itu untuk terus menyendiri. Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Sebagai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.

    ReplyDelete
  3. sinopsis BAHTERA KASIH;
    CARRA LINA, suatu narna milik seraut wajah yang memikat hati lelaki. Suaranya yang lunak dan manis mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya. Inilah gadis yang sering didambakan oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam.

    Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan dari keluarga tidak mengizinkannya mengecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova.

    Kini, Carra Lina buntu. Bahtera kasihnya dilanda badai, dilambung gelora dan akhirnya karam bersama kabus duka. Bukan laut namanya, jika airnya tidak berombak. Bukan tinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindui dan cemburu bila Ichlas memadu asmara dengan rakan baiknya sendiri.

    Kini pilihan Carra Lina cuma kepada Ryan yang pernah menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula dengan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cintanya pada Carra Lina?

    Kenapa pengakuan itu sukar dilalazkan oleh Ryan? Sedangkan Carra Lina menanti dan terus menanti. Dia jadi sangat dengan perasaan sebenar lelaki itu. Benarlah kata pepatah 'cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta'. Carra Lina pasrah...

    ReplyDelete
  4. sinopsis PERCAYA ADA CINTA:
    BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

    Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya.
    Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!

    Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa.

    Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah.
    Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.

    Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?

    ReplyDelete