Cari Novel Pilihan Anda

Thursday, February 24, 2011

DIBIUS CINTA BERINTI KASIH


Dibius Cinta - Qash Irdina

RM 20

*SOLD OUT*

“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Cinta Berinti Kasih - Ami Amilia

RM20

Dia tidak mengejar cinta. Dia juga tidak mengharapkan cinta lagi setelah bahagia yang terasa terpaksa dilepas pergi. Itulah Puteri Nur Zaharaq. Hidupnya hanya dikelilingi kawan-kawan jururawat dan pesakit-pesakit di wad.

Peristiwa terlanggar seseorang membuatkan hatinya tersentuh lagi. Hati gadisnya dimamah rindu dan dunianya yang kosong menjadi begitu indah sekali. Sayang, dia hanya bermimpi. Jejaka yang disangka akan menjadi seseorang yang istimewa di dalam hidupnya meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Kenangan yang ditinggalkan oleh anak muda itu hanyalah satu nama, Maria. Nama itu tertera pada badan motosikal yang ditunggangi oleh jejaka malang itu.

“Itu kedai saya. Saya suka kalau awak boleh jadi kawan saya. Secara langsung. Tak nak melalui Facebook. Tak best.”

Hidupnya menjadi kucar-kacir setelah lelaki itu meninggal dunia. Dia terserempak Maria yang ditunggangi seorang lelaki lain yang perwatakannya seiras jejaka yang sudah memesrai hatinya. Adakah dia bermimpi? Atau mungkin lelaki itu hidup kembali dan menjadi hantu? Dia keliru sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa!

“Dialah cinta hati saya. Cuma saya tak pasti sama ada diakah yang saya cari atau orang lain.”

P/S : macam biasa..harga including postage :)

1 comment:

  1. boleh x sye nk beli novel dibius cinta ni..sye nk sgt2..please terbitkan cetakn bru...rmai org minat novel ni...

    ReplyDelete